Wednesday, April 13, 2011

PROTON WIRA KUAT MAKAN MINYAK

Saya menggunakan kereta Proton Wira Aeroback(4g15) manual, rim 16 inci, tahun 1994.

SOALAN:
Mengapa kereta saya kuat makan minyak sedangkan saya dah tukar rim standard pun lebih kurang sama sahaja.Usia kereta saya sudah mencecah 16 tahun.

JAWAPAN:
Kemungkinan enjin kereta saudara memerlukan penyelenggaraan yang menyeluruh (general overhaul) kerana mungkin banyak bahagian  yang telah rosak, kebocoran dan perlu diganti. Ini boleh menjejaskan penjimatan minyak dan jangka hayat enjin anda.

Friday, April 8, 2011

Meter temperature naik , lampu indicator bateri menyala & stering terasa berat

Hal ini berlaku kepada saya semasa on the way balik dari puchong ke bangi, pengalaman ini saya nak kongsi bersama anda sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kepada anda.

Puncanya ialah belting alternator & power stering putus.
 
Tanda-tandanya ialah stering terasa berat, temperature naik, lampu bateri menyala dan enjin terasa berat.

Tindakan yang sewajarnya ialah berenti di tempat yang selamat, matikan enjin, buka bonet hadapan dan biarkan radiator sejuk dahulu, setelah sejuk tambahkan air radiator yang telah kering, seeloknya kena stanby air mineral dalam kereta untuk kes seperti ini.Buang lebihan belting yang telah putus. Cuba hidupkan enjin sekiranya bateri tidak lemah dan cari bengkel berdekatan. Biasanya kereta boleh jalan lagi untuk jarak yang dekat.Jika bateri lemah terpaksalah anda minta bantuan orang yang lalu di kawasan kejadian untuk mendapatkan mekanik.

Pengajarannya, jika belting kelihatan berbulu dan berbenang cepat2lah tukar...